Persidangan Kedua Badan_Penyelidik_Usaha_Persiapan_Kemerdekaan_Indonesia

Persidangan kedua berlangsung antara 10-17 Julai 1945 dengan tema perbincangan bentuk negara, wilayah negara, kewarganegaraan, rancangan Undang-Undang Dasar, ekonomi dan kewangan, pertahanannegara, serta pendidikan dan pengajaran. Dalam persidangan ini dibentuk:

  1. "Jawatankuasa Perancang Undang-Undang Dasar" beranggotakan 19 orang, dengan Sukarno sebagai ketua;
  2. "Jawatankuasa Pertahanan Tanah Air" yang diketuai oleh Abikoesno Tjokrosoejoso; dan
  3. "Jawatankuasa Ekonomi dan Kewangan" yang diketuai oleh Mohamad Hatta.

Melalui pengundian, akhirnya ditentukan wilayah Indonesia merdeka, yakni wilayah Hindia Belanda dahulu, ditambah Malaya, Borneo Utara, Papua, Timor Portugis, dan pulau-pulau berjiran. [2] [3]

Pada 11 Julai 1945, Jawatankuasa Perancang UUD membentuk lagi sebuah jawatankuasa kecil beranggotakan 7 orang, iaitu:

  1. Prof. Dr. Soepomo (ketua)
  2. Wongsonegoro
  3. Achmad Soebardjo
  4. A.A. Maramis
  5. R.P. Singgih
  6. H. Agus Salim
  7. Dr. Soekiman.

Pada 13 Julai 1945, Jawatankuasa Perancang UUD mengadakan persidangan untuk membincangkan hasil kerja Jawatankuasa Kecil Perancang UUD tersebut. Kemudian pada 14 Julai 1945, sidang pleno BPUPKI menerima laporan Jawatankuasa Perancang UUD yang dibacakan oleh Sukarno. Dalam laporan tersebut, tercantum tiga masalah pokok iaitu: (1) teks perisytiharan kemerdekaan Indonesia; (2) pembukaan UUD; dan (3) rangka UUD.

Teks perisytiharan kemerdekaan akan disusun dengan mengambil tiga perenggan pertama Piagam Jakarta, sedangkan konsep Undang-Undang Dasar hampir seluruhnya diambil daripada perenggan keempat piagam tersebut.